Title


Katakanlah: sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (Surah Al - An'aam Ayat 162)


Sunday, 25 July 2010

Majlis Summer BBQ & Penyampaian Hadiah Sekolah Al Hidayah Coventry

Majlis Summer BBQ MCS dan penyampaian hadiah Sekolah Al Hidayah Coventry telah diadakan di Sports Pavilion, University of Warwick pada 24hb Julai 2010 dari pukul 10 pagi hingga 5.30 ptg.

Hampir semua warga Coventry telah hadir dengan berbagai jenis juadah "Pot-Luck" dan dessert untuk santapan semua disamping menu utama iaitu

1. Sate
2. Lamb - BBQ dan Golek (2 1/2 ekor hasil sumbangan Kak Raja)
3. Chicken Wing - sumbangan Haji Amat/Julie
4. Kuah Kacang - sumbangan Satilla dan Khadijah
5. Nasi Impit
6. Sausage dan Burger

Berbagai acara untuk anak-anak, ibu dan bapa yang telah diadakan. Diantaranya
nasyid Asma ul Husna, Dikir Barat, Boria, sukaneka, talik tali, bola sepak dan lain lain lagi.


Nasyid Sekolah Al Hidayah Coventry


Dikir Barat Sekolah Al Hidayah Coventry



Acara tarik tali veteran vs kids


Acara Kupas Epal


Sate dan Burger



Kambing Tandoori dan Golek


Sate yang menjadi rebutan tua dan muda


Pertandingan Dessert


Hadiah-hadiah sumbangan warga MCS



Video sumbangan Ihsan Ismail

Tuesday, 22 June 2010

Hari Terakhir Keluarga Rosydi, Madi dan Ustaz Noh

Awal tahun 2010 menyaksikan 3 keluarga di Coventry selamat pulang ke Malaysia setelah berhempas pulas selama beberapa tahun. Mereka adalah

1. Keluarga Dr Rosydi dan Dr Marjan
2. Keluarga Dr Madi dan Dr Saleha
3. Keluarga Dr Noh dan Dr Rabaah

Diharap hubungan antara Coventry dan mereka di Malaysia tetap terjalin utuh walaupun terpisah jauh beribu batu.

Monday, 22 February 2010

Sumbangan Pusat Zakat Selangor

Pihak MCS ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Zakat Selangor diatas sumbangan kewangan bagi kegunaan Sekolah Hidayah Coventry.

Semoga bantuan ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti sekolah untuk memberi ilmu Fardu 'Ain dan Kifayah kepada anak-anak warga Coventry.

Sunday, 15 November 2009

Hari terakhir Kak Balkis dan keluarga di bumi Coventry

Warga MCS mengucapkan selamat pulang ke Malaysia kepada Kak Balkis sekeluarga. Segala jasa baik Kak Balkis sentiasa kami hargai. Semoga silatulrahim yang wujud akan berkekalan walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh. Semoga bertemu lagi dimasa hadapan. Insya Allah.

Saturday, 7 November 2009

Selamat Datang Abang Khairy & Kak Idayu

Pihak MCS mengucapkan selamat datang kepada Abang Khairy & Kak Idayu serta 6 orang anak mereka. Mereka tiba di Coventry pada 7hb November 2009.

Friday, 6 November 2009

Selamat Datang Peserta Program Kecemerlangan Pendidikan

Pihak MCS mengucapkan selamat datang kepada semua peserta Program Kecemerlangan Pendidikan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bermula dari 7hb Nov hingga 8hb Nov 2009 bertempat di Ramphal Building, University of Warwick.

Monday, 2 November 2009

Sumbangan Bantuan Kewangan

Pihak MCS ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sabreey Chik dan Kelab Umno Luar Negara atas sumbangan kewangan kepada Sekolah Hidayah Coventry. Diharap dengan sumbangan ini, objektif dan matlamat Sekolah Hidayah Coventry pada 2009/2010 akan tercapai.

Sunday, 25 October 2009

Windows 7 Offer

Windows 7 Offer for StudentsMicrosoft are offering students the opportunity to buy Windows 7 at adiscounted price of £30 for either Windows 7 Home Premium or Windows7 Professional. For further information on this offer please see

http://www.microsoft.com/uk/windows/studentoffer/default.aspx

Saturday, 24 October 2009

Selamat Datang Puan Kodsiah dan Affendi

MCS mengucapkan selamat datang kepada Puan Kodsiah dan Affendi. Mereka tiba di Coventry pada 19hb Oktober 2009.

Tuesday, 6 October 2009

Selamat Datang Pelajar Baru 2009/10

MCS mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru "Undergraduate" University of Warwick.