TERKINI



Thursday 24 October 2002

Persekolahan anak-anak di Coventry

Setelah anda tiba di Coventry dan masuk ke rumah sewa, anda hendaklah mendaftar nama anak-anak di sekolah yang anda sukai ataupun yang berhampiran bagi memastikan masih ada kekosongan di sekolah tersebut. Selepas itu, anda dikehendaki untuk menghubungi Coventry City Council bagi tujuan pendaftaran di dalam sistem pembelajaran di Coventry. Anda akan diminta untuk membuat temujanji dengan wakil City Council bagi mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang anda dan anak-anak bagi membantu tahap pembelajaran di sekolah.

Kira seminggu selepas temujanji, anda akan mendapat surat tawaran daripada City Council bagi tujuan pendaftaran di sekolah. Sila bawa surat ini bersama ketika mendaftar anak anda pada tarikh tersebut.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai sistem sekolah di Coventry dan England, sila lihat lampiran di bawah.

0 comments: